Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Keguguran

Makanan penyebab keguguran sememangnya harus dijauhi oleh para wanita hamil, agar janin yang berada di dalam kandungannya tetap dalam keadaan sihat sehingga lahir. Pada umumnya para wanita hamil memang sangat dituntut ketika memilih menu makanan yang akan dimakna, di mana tujuannya agar nutrisi untuk ibu hamil dan janin yang ada dalam kandungan dapat dipenuhi. Banyak sekali jenis-jenis makanan sihat yang baik dimakan untuk wanita hamil. Akan tetapi, ada juga beberapa jenis makanan yang ternyata dapat mengakibatkan keguguran jika dimakan wanita ketika hamil. Mungkin jenis-jenis makanan tersebut dinilai selamat sahaja jika dimakan oleh orang yang tidak hamil, bahkan diantaranya juga mengandung banyak vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Buah-buahan pun tidak selalu menyihatkan untuk wanita hamil. Banyakkan memakan kurma, avocado, manggis ataupun dragon fruit kerana merupakan buah-buahan yang bagus untuk wanita hamil. Hindari buah nanas, betik muda maupun durian, selain

Doa Hilangkan Mabuk Mengandung

Perkongsikan ini kepada ibu mengandung untuk diamalkan semasa hamil. Doa ini menjadi pilhan wanita ketika hamil bagi mengelakkan keguguran dan mabuk  mengandung. Boleh juga diamalkan bagi yang inginkan zuriat. Insya Allah Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya. SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung) TERJEMAHANNYA Ayat 97 Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Ayat 98 Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu,  serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Ayat 99 Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. Cara-cara Bacaan. Ketika mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung

Makanan sunnah yang baik semasa hamil.   Ini 6 Makanan sunnah untuk ibu mengandung yang di sebut dalam Al Quran & Hadis. Berkhasiat & diberkati. Makanan sunnah dari sumber hadis & al quran. Sumber: Muslimvillage   1. Madu lebah untuk ibu mengandung Makanan madu dihasilkan oleh lebah & disebutkan di dalam Al Quran, Surah An Nahlu ayat 69 Madu lebah  memiliki semua khasiat yang diperlukan badan manusia seperti enzim, vitamin, mineral, air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak.  Antioksida untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel & mencegah kanser Dapatkan madu lebah asli & bukan madu sintetik yang kaya dengan gula 2. Kismis untuk ibu mengandung  Kismis adalah  buah  anggur kering yang mempunyai banyak khasiat Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat.  Kismis kaya dengan mineral boron yang membantu meningkatkan fokus, koordina

Pantang Larang Suami Ketika Isteri Mengandung

Bukan setakat isteri sahaja yang perlu menjaga kandungan , suami juga perlu menjaga pantang larang. Perasaan dan emosi isteri perlu dijaga agar isteri dan baby yang dikandungnya sentiasa sihat 15 Pantang Larang Suami terhadap Isteri 1.  Menjaga perilaku dan tutur-kata terhadap isteri agar isteri rasa lebih tenang, gembira dan disayangi. Sekiranya berlaku krisis, selesaikan segera dengan tenang. 2. Berhati-hati dan berlemah-lembut sekiranya melakukan hubungan jimak dengan isteri disepanjang tempoh kehamilan. 3. Sediakan kepeluan bersalin dan berpantang serta kelengkapan bayi baru lahir yang mencukupi contohnya set bersalin, minyak urut, lampin pakai buang, bengkung, pakaian bayi, infant car seat, pam susu, minyak telon, kain napkin dan sebagainya 4. Pastikan isteri mengambil pemakanan seimbang dan cukup zat penting serta Asid Folik setiap hari. Set vitamin untuk ibu hamil seperti  protin soya ,  kalsium ,  DHA ,  multivitamin ,  B Complex  dan  Vitamin C membantu memastikan isteri me

Makanan Yang Dilarang Ketika Hamil

MAKANAN YANG DILARANG UNTUK IBU HAMIL Sebelum baca entri ini, kami sarankan anda membaca entri tentang panduan makanan untuk ibu mengandung. Ia akan memberi sedikit ilmu, lebih-lebih pada yang baru pertama kali hamil. Ingat lagi masa kita mengandung anak pertama, ibu kita membebel jangan makan itu, jangan makan ini. Itu bukan bermakna ibu kita suka berleter. Ibu kita sebenarnya memberikan peringatan agar menjaga kandungan sebaik-baiknya. Bagi bakal ibu yang sedang mengandung anak pertama, mari kita bincangkan apakah makanan yang perlu dihindari, dielakkan dan tidak digalakkan semasa mengandung. Antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil ialah: Jangan minum arak, minum air masak sudah 1. Alkohol Alkohol mesti dijauhi. Bagi umat Islam, sememangnya tidak akan minum langsung. Namun ada segelintir yang bukan Islam yang ‘selamba’ minum arak di kelab-kelab malam tatkala hamil. Tidak cukup dengan itu, ada yang simpan ‘stok’ di dalam peti ais. Ingat, pengambi

Perut Sakit Saat Hamil 2 Bulan

Kesakitan abdomen atau kekejangan perut pada trimester pertama kehamilan adalah satu keadaan yang memerlukan perhatian yang lebih. Kebanyakan kes adalah normal, tetapi tidak menafikan bahawa terdapat beberapa punca kejang perut berbahaya. Penyebab kekejangan dan sakit perut semasa kehamilan dalam trimester 1 termasuk: Kehamilan ektopik Ini berlaku apabila kehamilan berlaku di luar rahim atau uterus. Gejala yang boleh timbul adalah kesakitan yang teruk pada satu sisi abdomen bawah disertai dengan bintik-bintik. Kehamilan ektopik boleh membahayakan ibu dan janin supaya kehamilan mesti berakhir dengan pengguguran. Keguguran Kesakitan atau kekejangan perut yang besar lebih menyakitkan daripada kesakitan semasa haid yang disertai dengan bintik-bintik atau pendarahan atau ketulan adalah tanda keguguran. Proses Implantasi Apabila janin melekat pada rahim, anda boleh merasa sakit. biasanya rasa sakit dirasakan sehingga usia 6 minggu. Gangguan penghadaman peni