Skip to main content

Makanan Yang Dilarang Ketika Hamil

MAKANAN YANG DILARANG UNTUK IBU HAMIL

Sebelum baca entri ini, kami sarankan anda membaca entri tentang panduan makanan untuk ibu mengandung. Ia akan memberi sedikit ilmu, lebih-lebih pada yang baru pertama kali hamil.
Ingat lagi masa kita mengandung anak pertama, ibu kita membebel jangan makan itu, jangan makan ini. Itu bukan bermakna ibu kita suka berleter. Ibu kita sebenarnya memberikan peringatan agar menjaga kandungan sebaik-baiknya.

Bagi bakal ibu yang sedang mengandung anak pertama, mari kita bincangkan apakah makanan yang perlu dihindari, dielakkan dan tidak digalakkan semasa mengandung.
Antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil ialah:
Jangan minum arak, minum air masak sudah
Jangan minum arak, minum air masak sudah
1. Alkohol
Alkohol mesti dijauhi. Bagi umat Islam, sememangnya tidak akan minum langsung. Namun ada segelintir yang bukan Islam yang ‘selamba’ minum arak di kelab-kelab malam tatkala hamil. Tidak cukup dengan itu, ada yang simpan ‘stok’ di dalam peti ais. Ingat, pengambilan alkohol oleh ibu hamil akan mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Pembuangan alkohol oleh badan sangat lambat prosesnya. Kenapa mesti minum arak? Apa susah, minum air kosong lagi sedap kan?

Jangan sesekali merokok ketika hamil
Jangan sesekali merokok ketika hamil
2. Rokok
Apa perasaan anda apabila melihat ibu mengandung yang merokok? Rasa nak tampar? Rasa nak terajang? Rasa nak ‘sekolahkan’ dia? Tahniah jika anda ada perasaan sebegitu.

Namun ada ibu mengandung yang ‘selfish’ yang hanya pentingkan keseronoka diri sendiri. Alasan ‘stress’ ada satu alasan bodoh. Merokok semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhannya dan berat badan yang rendah. Kes-kes kematian mengejut atau ‘sudden death’ yang berlaku pada bayi juga selalu dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.
Jauhi segala minuman berkafein
Jauhi segala minuman berkafein
3. Minuman berkafein (Caffeine)
Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan lain-lan lagi juga dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal. Ini termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang ibu mengandung.

Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa ubat
Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa ubat
4. Pil dan ubat-ubatan
Selalu kita dengar, “Kalau mengandung, boleh makan Panadol ke tak eh?”. Untuk jawapan sebegini, sila rujuk doktor untuk penerangan yang lebih konkrit. Perlu diingat, ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sekali lagi diingatkan, sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama.

Kurangkan gula, elakkan diabetes, sayangi bayi
Kurangkan gula, elakkan diabetes, sayangi bayi
5. Gula
Sedangkan orang yang sihat dilarang menggunakan gula berlebihan, apatah lagi ibu mengandung. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar daripada selalunya. Tak dapat bayangkan betapa sakitnya bila mahu melahirkan bayi yang besar. Sakit tak?
Elakkan sebarang multivitamin dan Vitamin A
Elakkan sebarang multivitamin dan Vitamin A
6. Vitamin A
Sila jauhi ‘multivitamin supplement’ yang mengandungi dos yang tinggi. Juga elakkan ‘fish liver oil supplements’. Pengambilan vitamin A adalah dilarang semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta caroten seperti karot dan sebagainya. Beta caroten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja badan memerlukan vitamin A.
Hati-hati dengan makanan yang tinggi kandungan raksa
Hati-hati dengan makanan yang tinggi kandungan raksa
7. Raksa (Mercury)
Semasa di sekolah menengah dahulu, mungkin kita pernah nampak raksa. Kita akan terfikir, “Eh, ada ke ibu mengandung yang makan raksa tu?”. Oh, bukan dalam bentuk sebegitu. Dalam konteks ini, ia adalah raksa yang didapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti ‘shark-fin’, tuna, mackerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.
Pastikan makanan betul-betul masak
Pastikan makanan betul-betul masak
8. Makanan mentah atau tidak cukup masak
Jangan makan daging mentah. Jangan makan susu mentah. Jangan makan telur mentah. Ia adalah merbahaya. Pengambilan makanan mentah akan yang tidak cukup masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk. Ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan parasit yang didapati dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada bayi. Parasit in juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Keguguran

Makanan penyebab keguguran sememangnya harus dijauhi oleh para wanita hamil, agar janin yang berada di dalam kandungannya tetap dalam keadaan sihat sehingga lahir. Pada umumnya para wanita hamil memang sangat dituntut ketika memilih menu makanan yang akan dimakna, di mana tujuannya agar nutrisi untuk ibu hamil dan janin yang ada dalam kandungan dapat dipenuhi. Banyak sekali jenis-jenis makanan sihat yang baik dimakan untuk wanita hamil. Akan tetapi, ada juga beberapa jenis makanan yang ternyata dapat mengakibatkan keguguran jika dimakan wanita ketika hamil. Mungkin jenis-jenis makanan tersebut dinilai selamat sahaja jika dimakan oleh orang yang tidak hamil, bahkan diantaranya juga mengandung banyak vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Buah-buahan pun tidak selalu menyihatkan untuk wanita hamil. Banyakkan memakan kurma, avocado, manggis ataupun dragon fruit kerana merupakan buah-buahan yang bagus untuk wanita hamil. Hindari buah nanas, betik muda maupun durian, selain