Skip to main content

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Keguguran

Makanan penyebab keguguran sememangnya harus dijauhi oleh para wanita hamil, agar janin yang berada di dalam kandungannya tetap dalam keadaan sihat sehingga lahir. Pada umumnya para wanita hamil memang sangat dituntut ketika memilih menu makanan yang akan dimakna, di mana tujuannya agar nutrisi untuk ibu hamil dan janin yang ada dalam kandungan dapat dipenuhi.

Banyak sekali jenis-jenis makanan sihat yang baik dimakan untuk wanita hamil. Akan tetapi, ada juga beberapa jenis makanan yang ternyata dapat mengakibatkan keguguran jika dimakan wanita ketika hamil. Mungkin jenis-jenis makanan tersebut dinilai selamat sahaja jika dimakan oleh orang yang tidak hamil, bahkan diantaranya juga mengandung banyak vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.


Buah-buahan pun tidak selalu menyihatkan untuk wanita hamil. Banyakkan memakan kurma, avocado, manggis ataupun dragon fruit kerana merupakan buah-buahan yang bagus untuk wanita hamil. Hindari buah nanas, betik muda maupun durian, selain tidak baik dimakan ketika hamil, ianya juga boleh mendatangkan keguguran.

Oleh kerana itu, penting sekali bagi para wanita hamil untuk mengetahui berbagai makanan penyebab keguguran yang harus dijauhi agar bebas dari risiko tersebut. Dan pada artikel ini kami akan membincangkan lebih lanjut mengenai 8 jenis makanan yang dikatakan berbahaya, sehingga dapat menyebabkan keguguran. Makanan apa yang tidak boleh dimakan wanita hamil? Di bawah ini adalah ulasan selengkapnya.

1. Nenas




Nanas termasuk makanan yang dapat menyebabkan keguguran. Bagi anda yang sedang hamil peringkat awal, disarankan agar anda tidak terlalu sering atau tidak terlalu banyak memakan nenas dan apa sahaja yang berkaitan dengannya.

Di dalam buah nenas terkandung enzim yang bernama Protease Bromealin, yang jika dilihat secara kimia senyawa tersebut sama dengan Papain yang terkandung dalam betik muda. Oleh kerana itu, dimungkinkan juga nanas akan memberikan kesan yang sama dengan betik muda, iaitu dapat mengakibatkan keguguran pada wanita yang hamil peringkat awal.

2. Ketam




Ketam mungkin merupakan salah satu jenis seafood yang rasanya sangat lazat dan banyak digemari oleh masyarakat. Ketam juga diketahui memiliki kandungan nutrisi yang cukup tinggi dan banyak manfaatnya untuk kesihatan.

Akan tetapi di balik kenikmatan dan kandungan nutrisi ketam, ternyata para wanita hamil harus menjauhinya kerana ketam juga dapat menjadi salah satu makanan penyebab keguguran jika dimakan selama tiga bulan pertama usia kandungan. Ketam dapat mengakibatkan ukuran rahim menyusut. Selain itu ketam juga dapat mengakibatkan perdarahan genital hingga keguguran kandungan.

3. Buah Delima




Makanan penyebab keguguran kandungan berikutnya adalah buah delima. Namun demikian, bukan bermakna anda akan terus keguguran ketika pertama kali minum jus atau makan buah delima. Buah delima dapat menyebabkan keguguran jika di makan secara berlebihan, yang akan menyebabkan terjadinya kontraksi hingga berlaku kekejangan pada rahim.


Jika kekejangan yang muncul sangat teruk maka harus diwaspadai, kerana perkara itu merupakan salah satu tanda-tanda keguguran. Dan perlu anda ketahui bahawa sebenarnya biji buah delima adalah yang paling berbahaya untuk wanita hamil.

4. Ikan



Sebenarnya ikan mengandungi banyak protein dan juga vitamin yang tentu diperlukan oleh wanita hamil. Akan tetapi saat anda sedang menjalani masa tiga bulan pertama tempoh kehamilan, anda disarankan untuk tidak terlalu banyak memakan jenis ikan yang di dalam tin seperti sardin.

Ianya diketahui mengandungi banyak bahan pengawet dan berbagai bahan kimia lainnya yang boleh meningkatkan tekanan darah pada ibu hamil. Pengawet yang terdapat pada ikan sardin juga dapat mengakibatkan berlakunya pengekalan air pada tubuh. Selain itu anda juga harus menjauhi jenis makanan penyebab keguguran dari ikan yang hidup di air yang sudah tercemar.

5. Betik Muda



Buah yang sebaiknya dihindari oleh para ibu hamil selanjutnya adalah jenis betik muda. Jenis betik muda diketahui sangat berbahaya bagi perkembangan embrio. Senyawa yang terkandung pada betik muda boleh mengakibatkan kontraksi kuat pada rahim si ibu sehingga cukup berpotensi mengalami keguguran. Bahkan pada kajian yang sudah dilakukan pada tikus, sebahagian besar tikus mengalami keguguran ketika memakan betik.

Akan tetapi sampai saat ini juga masih dilakukan kajian apakah semua jenis betik matang dapat menjadi makanan penyebab keguguran atau tidak.

6. Durian



Bagi anda penggemar durian, sebaiknya menghindari memakan buah ini ketika tempoh kehamilan. Kandungan arachidonic acid dan alkohol dalam durian yang membuat buah ini tidak sesuai diambil oleh ibu hamil. Arachidonic acid akan menyebabkan pembentukan prostaglandin yang merangsang kontraksi dan berisiko bagi janin.

Sedangkan alkohol menyebabkan kelahiran pramatang dan juga bayi lahir dengan berat tubuh rendah. Dalam jumlah banyak alkohol dapat menyebabkan keguguran.

7. Daging dan Telur




Sebenarnya dua makanan ini tidak sepenuhnya dilarang kerana menjadi makanan penyebab keguguran kandungan. Tetapi wanita hamil harus berhati-hati ketika mengambil berbagai jenis daging dan telur yang dimasak setengah masak atau masih mentah.

Makan daging dan telur yang mentah atau masih setengah masak boleh menyebabkan keguguran kandungan. Bahkan dalam keadaan matang pun ibu hamil juga disarankan agar tidak terlalu banyak memakan daging dan telur.

8. Keju



Ternyata makan keju juga harus dijauhi ketika wanita hamil peringkat awal. Bukan kerana kandungannya yang berbahaya, kerana kita ketahui bersama bahawa keju juga menyimpan banyak manfaat. Pada tempoh kehamilan, para ibu hamil disarankan untuk tidak memakan keju lembut yang dibuat dari susu yang tidak dipanaskan terlebih dahulu.

Jenis keju tersebutlah yang diketahui dapat menjadi salah satu penyebab keguguran. Oleh kerana itu, usahakan agar anda benar-benar memilih keju yang berkualiti dan selamat untuk kesihatan.

Berbagai Penyebab Keguguran selain Faktor Makanan


Selain disebabkan oleh makanan penyebab keguguran, ada berbagai penyebab lain yang perlu diketahui. Beberapa penyebab tersebut adalah kurangnya nutrisi selama kehamilan (terutama folic asic), terjadinya jangkitan, dan juga gaya hidup yang tidak sihat seperti kebiasaan merokok dan minum alkohol. Hal-hal tersebut merupakan penyebab janin tidak berkembang yang berisiko menjadi keguguran.

Aktiviti fizikal yang berlebihan juga harus dihindari, apatah lagi ketika baru hamil. Tetap lakukan aktiviti-aktiviti fizikal ringan supaya tubuh anda tetap sihat.


Selama kehamilan penting untuk sering memeriksa kehamilan anda ke doktor, untuk mengetahui perkembangan janin dan juga mewaspadai dan mencegah berbagai gangguan kesihatan yang mungkin muncul selama kehamilan ini.

Demikian artikel mengenai makanan penyebab keguguran ini, semoga dapat bermanfaat bagi anda para wanita hamil agar lebih berhati-hati menjaga kehamilan.

Silakan Share dan Semoga Bermanfaat

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Yang Dilarang Ketika Hamil

MAKANAN YANG DILARANG UNTUK IBU HAMIL Sebelum baca entri ini, kami sarankan anda membaca entri tentang panduan makanan untuk ibu mengandung. Ia akan memberi sedikit ilmu, lebih-lebih pada yang baru pertama kali hamil. Ingat lagi masa kita mengandung anak pertama, ibu kita membebel jangan makan itu, jangan makan ini. Itu bukan bermakna ibu kita suka berleter. Ibu kita sebenarnya memberikan peringatan agar menjaga kandungan sebaik-baiknya. Bagi bakal ibu yang sedang mengandung anak pertama, mari kita bincangkan apakah makanan yang perlu dihindari, dielakkan dan tidak digalakkan semasa mengandung. Antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil ialah: Jangan minum arak, minum air masak sudah 1. Alkohol Alkohol mesti dijauhi. Bagi umat Islam, sememangnya tidak akan minum langsung. Namun ada segelintir yang bukan Islam yang ‘selamba’ minum arak di kelab-kelab malam tatkala hamil. Tidak cukup dengan itu, ada yang simpan ‘stok’ di dalam peti ais. Ingat, pengambi