Skip to main content

Pantang Larang Suami Ketika Isteri Mengandung

Bukan setakat isteri sahaja yang perlu menjaga kandungan , suami juga perlu menjaga pantang larang.

Perasaan dan emosi isteri perlu dijaga agar isteri dan baby yang dikandungnya sentiasa sihat

15 Pantang Larang Suami terhadap Isteri

1. Menjaga perilaku dan tutur-kata terhadap isteri agar isteri rasa lebih tenang, gembira dan disayangi. Sekiranya berlaku krisis, selesaikan segera dengan tenang.

2. Berhati-hati dan berlemah-lembut sekiranya melakukan hubungan jimak dengan isteri disepanjang tempoh kehamilan.

3. Sediakan kepeluan bersalin dan berpantang serta kelengkapan bayi baru lahir yang mencukupi contohnya set bersalin, minyak urut, lampin pakai buang, bengkung, pakaian bayi, infant car seat, pam susu, minyak telon, kain napkin dan sebagainya

4. Pastikan isteri mengambil pemakanan seimbang dan cukup zat penting serta Asid Folik setiap hari. Set vitamin untuk ibu hamil seperti protin soya, kalsiumDHAmultivitaminB Complex dan Vitamin Cmembantu memastikan isteri mendapat cukup vitamin dan mineral penting untuk kesihatan ibu dan perkembangan yang baik bayi dalam kandungan.


5. Menyediakan keperluan mencukupi kepada isteri supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan yang lebih mudah dan selesa seperti pakaian ibu mengandung, sandal yang selesa untuk tumit, krim perut, pregnancy/ maternity pillow untuk bantu isteri tidur dengan lebih selesa dan sebagainya.

6. Peka dengan perubahan mental (psikologi) serta emosi isteri. Berikan lebih perhatian, simpati dan kasih-sayang terhadap isteri. Banyakkan bercakap perkara-perkara yang baik-baik seperti memberi nasihat dan menyeronokkan bersama agar isteri lebih kuat semangat dan jiwanya.

7. Peka dengan perubahan fizikal isteri dan bantu isteri melakukan tugasan harian agar beban isteri lebih ringan. Elakkan isteri daripada melakukan pekerjaan yang berat dan membahayakan diri sendiri serta kandungan.

8. Menambahkan ilmu berkaitan kehamilan, penjagaan bayi, penjagaan isteri dalam berpantang, keibubapaan, keagamaan, bagaimana menghadapi saat kelahiran isteri dan cara menyambut anak yang baru lahir.

9. Peka dengan keadaan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan. Bawa isteri untuk rutin pemeriksaan bulanan di hospital serta pastikan isteri mendapat rawatan sepatutnya dengan segera sekiranya terdapat isu kesihatan.


10. Menjaga pancaindera daripada perkara-perkara tidak baik dan berlaku jujur dengan isteri.

11. Jangan menceraikan isteri ketika mengandung. Islam mengharamkan menceraikan isteri ketika mengandung kerana boleh mengganggu fikiran dan perasaannya serta memberi kesan pula kepada anak dalam kandungan.

12. Memahami tambahan beban yang ditanggung isteri dan sentiasa berlapang dada untuk memaafkan kekurangan dan keterbatasan isteri.



13. Berkongsi dan berbincang rancangan menyambut kelahiran bayi seperti persiapan shopping barangan bayi (isteri mesti excited nak beli baju yang comel-comel!), kewangan, hospital mana nak lahirkan anak, nama bakal anak dan sebagainya.
14. Sekiranya berpantang sendiri, siapkan jadual ataupun sistem serta senarai resepi makanan dalam pantang supaya dapat menguruskan anak-anak yang lebih besar dengan lebih teratur, menguruskan rumah tangga dan memasak untuk isteri dalam pantang.
15. Dan antara yang paling penting, meningkatkan amalan kerohanian seperti solat hajat, berzikir, membaca Al-Quran serta berdoa untuk kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan. Ini juga membantu menguatkan jiwa anak yang bakal dilahirkan.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Keguguran

Makanan penyebab keguguran sememangnya harus dijauhi oleh para wanita hamil, agar janin yang berada di dalam kandungannya tetap dalam keadaan sihat sehingga lahir. Pada umumnya para wanita hamil memang sangat dituntut ketika memilih menu makanan yang akan dimakna, di mana tujuannya agar nutrisi untuk ibu hamil dan janin yang ada dalam kandungan dapat dipenuhi. Banyak sekali jenis-jenis makanan sihat yang baik dimakan untuk wanita hamil. Akan tetapi, ada juga beberapa jenis makanan yang ternyata dapat mengakibatkan keguguran jika dimakan wanita ketika hamil. Mungkin jenis-jenis makanan tersebut dinilai selamat sahaja jika dimakan oleh orang yang tidak hamil, bahkan diantaranya juga mengandung banyak vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Buah-buahan pun tidak selalu menyihatkan untuk wanita hamil. Banyakkan memakan kurma, avocado, manggis ataupun dragon fruit kerana merupakan buah-buahan yang bagus untuk wanita hamil. Hindari buah nanas, betik muda maupun durian, selain...

Makanan Yang Dilarang Ketika Hamil

MAKANAN YANG DILARANG UNTUK IBU HAMIL Sebelum baca entri ini, kami sarankan anda membaca entri tentang panduan makanan untuk ibu mengandung. Ia akan memberi sedikit ilmu, lebih-lebih pada yang baru pertama kali hamil. Ingat lagi masa kita mengandung anak pertama, ibu kita membebel jangan makan itu, jangan makan ini. Itu bukan bermakna ibu kita suka berleter. Ibu kita sebenarnya memberikan peringatan agar menjaga kandungan sebaik-baiknya. Bagi bakal ibu yang sedang mengandung anak pertama, mari kita bincangkan apakah makanan yang perlu dihindari, dielakkan dan tidak digalakkan semasa mengandung. Antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil ialah: Jangan minum arak, minum air masak sudah 1. Alkohol Alkohol mesti dijauhi. Bagi umat Islam, sememangnya tidak akan minum langsung. Namun ada segelintir yang bukan Islam yang ‘selamba’ minum arak di kelab-kelab malam tatkala hamil. Tidak cukup dengan itu, ada yang simpan ‘stok’ di dalam peti ais. Ingat,...

Doa Hilangkan Mabuk Mengandung

Perkongsikan ini kepada ibu mengandung untuk diamalkan semasa hamil. Doa ini menjadi pilhan wanita ketika hamil bagi mengelakkan keguguran dan mabuk  mengandung. Boleh juga diamalkan bagi yang inginkan zuriat. Insya Allah Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya. SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung) TERJEMAHANNYA Ayat 97 Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Ayat 98 Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu,  serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Ayat 99 Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. Cara-cara Bacaan. Ketika mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.