Skip to main content

Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung

Makanan sunnah yang baik semasa hamil.

 Ini 6 Makanan sunnah untuk ibu mengandung yang di sebut dalam Al Quran & Hadis. Berkhasiat & diberkati.

makanan sunnah untuk ibu mengandung
Makanan sunnah dari sumber hadis & al quran. Sumber: Muslimvillage 



1. Madu lebah untuk ibu mengandung

  • Makanan madu dihasilkan oleh lebah & disebutkan di dalam Al Quran, Surah An Nahlu ayat 69


  • Madu lebah memiliki semua khasiat yang diperlukan badan manusia seperti enzim, vitamin, mineral, air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. 
  • Antioksida untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel & mencegah kanser
  • Dapatkan madu lebah asli & bukan madu sintetik yang kaya dengan gula


2. Kismis untuk ibu mengandung 

  • Kismis adalah buah anggur kering yang mempunyai banyak khasiat
  • Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. 
  • Kismis kaya dengan mineral boron yang membantu meningkatkan fokus, koordinasi tangan & mata.
  • Baik juga untuk meningkatkan memori.


  • Antara khasiat lain kismis untuk kesihatan ialah  mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, tambah darah merah, kesihatan jantung & baik untuk otak.
  • Pemakanan kismis telah di amalkan dari dulu lagi iaitu sejak zaman kegemilangan islam



3. Kurma untuk ibu mengandung

  • Khasiat buah ini memang tak dapat dipertikaikan lagi
  • Buah ini mengandungi mineral, vitamin, serat & antioksida yang lengkap untuk keperluan badan.
  • Kurma boleh dimakan semasa kita kurang sihat untuk membekalkan keperluan nutrien badan
  • Kandungan Potassium / Kalium dalam kurma bagus untuk menjaga kesihatan sistem saraf. 
  • Dapat meningkatkan kesihatan otak.
  • Kurma bagus sebagai makanan tambah darah, kekuatan tulang, kemesraan suami isteri, mengawal berat badan, mencegah kanser & elak stroke
  • Ibu mengandung elok makan kurma untuk membentuk otak bayi dari dalam kandungan. 


4. Buah Tin untuk ibu mengandung

  • Buah ini elok dimakan dalam keadaan segar & kering. Sama seperti kismis & kurma 
  • Buah tin kaya vitamin, mineral, serat & antioksida yang tinggi.
  • Buah tin bagus untuk kesihatan sistem penghadaman.
  • Buah ini kaya dengan serat & membolehkan pembuangan toksin dan sisa badan berlaku dengan cekap.
  • Usus yang bersih akan memudahkan penyerapan makanan
  • Sama seperti kurma & kismis, buah ini dipercayai bagus untuk kecerdasan otak.
  • Buah tin yang juga dapat mengawal tekanan darah mampu membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok.



5. Minyak zaitun untuk ibu mengandung


  • Minyak ini kaya dengan polyphenols sejenis antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan
  • Ia juga kaya dengan asid lemak sihat seperti Omega 3 dan Omega 6.
  • Minyak zaitun bagus untuk mengawal kolestrol dalam badan, kesihatan jantung, mengawal tekanan darah, awet muda, sistem daya tahan badan & kerosakan yang disebabkan dari radikal bebas.
  • Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung. Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.



6. Susu kambing untuk ibu mengandung


  • Dikatakan ini adalah susu terbaik selepas susu ibu
  • Dan susu ini sesuai diminum oleh mereka yang alah dengan susu lembu. Tak akan sakit perut
  • Susu kambing kaya dengan khasiat yang bagus untuk ibu hamil. Contohnya perkembangan otak & sistem saraf.
  • Minuman ini membekalkan vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting untuk ibu & bayi dalam rahim
  • Susu kambing mempunyai nutrisi 2 kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. 
  • Kelebihan bayi yang minum susu ibu & susu kambing dipercayai mempunyai daya tahan yang lebih kuat terhadap penyakit
  • Saiz zarah lemak susu kambing yang lebih kecil membuatkannya lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Comments